Jumaat, 12 Mac 2010

POLIS LARANG SERTAI PERHIMPUNAN DI PARLIMEN

Mac 12, 10 6:46pm
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Othman menasihati orang ramai jangan terlibat dalam sebarang perhimpunan di bangunan parlimen yang akan bersidang Isnin ini.

"Saya dimaklumkan risalah mengenai perhimpunan berkenaan telah diedarkan di pelbagai tempat selain disiarkan di internet, oleh itu saya mahu perkara ini dihentikan," katanya kepada pemberita di ibu negara hari ini.

"Kita ada kebebasan bersuara tapi gunakanlah dengan cara yang betul... jangan buat tindakan yang menggugat dan mengganggu orang awam.

"Perhimpunan bukan sahaja mengganggu kelancaran trafik di kawasan berkenaan tetapi juga menggugat ketenteraman negara," tambah beliau.

Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Penyelaras perhimpuan berkenaan Dr Hatta Ramli dilaporkan berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk anggota Parlimen Pakatan Rakyat, parti pembangkang dan anggota pertubuhan hak asasi manusia yang membantah cadangan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST.(malaysiakini)



ulasan saya:
Hai nampaknye polis dh nk masuk campur ni....siap bagi amaran.Kepada semua yang akan t'libat dalam p'himpunan hari isnin 15 mac ni teruskan p'jungan anda semua.
Selama ni pun p'bangkang buat apa2 p'himpunan tidak di beri permit@kebenaran jugak dari pihak polis.....
Selalunya kesesakan yang berlaku adalah dari sikap pihak polis sendiri. Salahkah kalau p'bangkang cuma nak m'bela nasib rakyat.Di dalam parlimen sendiri pun usul p'bangkang sentiasa di tolak.Ini jelah cara kami p'bangkang untuk b'khidmat demi rakyat yang di tindas oleh puak2 UMNGOK ni.Konon untuk kesenangan rakyat....PIIIRAHHHHHHHH....nak t'muntah aku bila puak2 ni b'cakap.

KESENANGAN RAKYAT@KESENANGAN KRONI.....
FIKIR-FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKANLAH....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan