Jumaat, 19 Februari 2010

KERAJAAN BERBELANJA RAKYAT MENDERITA

Sampai bila rakyat akan ditipu Oleh kerajaan UMNO pada masa kini rakyat ditipu secara terbuka oleh Kerajaan sedangkan yang DIATAS bersenang lenang rakyat yang DIBAWAH menderita. CONTOHNYA: kerajaan membeli KAPAL SELAM, JET PEJUANG. dan sebagainya tetapi semuanya tiada gunanya untuk rakyat hanya untuk orang-orang atasan sahaja inikah yang di namakan kerajaan prihatin sedangkan bantuan untuk rakyat yang miskin masih belum terbela masih ada yang belum dapat bantuan yang sepatutnya.

Cerita tentang KAPAL SELAM yang dibeli oleh kerajaan katanya untuk keselamatan Negara dan rakyat di malaysia tetapi belum masuk setahun dibeli sudah rosak sudah tak boleh pakai apa cerita sekarang ini siapa pun tidak berani bersuara dimana media-media lapuk diam seribu kata sedangkan ini tentang keselamatan negara kita sampai bila kita sebagai rakyat harus ditipu oleh kerajaan UMNO ini.

bukan sikit duit rakyat digunakan untuk kesenangan diri mereka sendiri walaupun mereka tahu yang ekonomi negara sangat-sangat membimbangkan.

sampai bila rakyat hendak di tindas. kita tengok jelah royalti minyak kelantan sampai sekarang kerajaan UMNO ini berdolak-dalih. Tiba-tiba keluar isu nak bagi wang ehsan. kenapa susah sangat kerajaan UMNO ini nak bagi royalti tu. hai najib kau takut big mama tak dapat shopping ke....inikah pemerintahan yang perlu kita angkat dan sanjung.

sepanjang najib menjadi PM banyak isu telah timbul. KES ALTANTUYA sampai sekarang tak selesai-selesai. yang paling aku nak tergelak tu enjin JET PEJUANG pun boleh hilang.

HA..HA..HA..HA..

UMNGOK YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.


apa dah jadi dengan UMNGOK ini masa KM P.PINANG lim guan eng kata takkan ada perarakan di P.PINANG sempena Maulidur Rasul kecoh satu malaysia tapi bila negeri-negeri yang diperintah UMNGOK senyap je aku tengok takkan takda pun nak bersuara tentang isu ini kelakar betul la UMNGOK ni aku.bila kena kat diorang baru la nak pakai fatwa itu la fatwa ini kalau kena kat Pakatan Rakyat bising kecoh satu malaysia (slogan najib). bak kata pepatah "kata dulang paku serpih, kata PR UMNGOK yang lebih"
HAHAHAHA!!! (KETAWA BESAR)....

Khamis, 18 Februari 2010

BILA KETUA PEMUDA UMNO MULA BERBICARA....

Rakyat bijak nilai politik Anwar - Khairy

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Rakyat boleh menilai dengan bijak tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mempolitikkan isu pertuduhan liwat terhadapnya termasuk mendakwa wujud konspirasi terhadap beliau.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, beliau yakin tindakan Anwar yang mengadakan ceramah di seluruh negara dengan mendakwa wujud campur tangan politik dalam kesnya itu tidak akan mempengaruhi rakyat.

''Saya rasa rakyat Malaysia boleh menilai. Kalau dibandingkan pada 1999, apabila Anwar pergi ke mahkamah, ribuan penyokongnya akan ikut beliau, tetapi hari ini tidak ramai.

''Jadi saya percaya ramai rakyat Malaysia pada hari ini boleh menilai dengan objektif apa yang sedang berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili lebih 500 Pemuda BN, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penulis blog, menghantar memorandum bantahan terhadap campur tangan pihak asing dalam kes liwat Anwar di Suruhanjaya Tinggi Australia di sini hari ini.

Anwar, 63, sedang dibicarakan bagi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Ditanya sama ada tindakan Anwar mengadakan ceramah berkaitan kes liwatnya boleh dianggap sebagai menghina mahkamah, Khairy berkata, beliau tidak berhasrat memberikan komen berhubung isu itu kerana tidak mahu dianggap cuba campur tangan.

''Hakim sendiri kena buat keputusan kalau ada bukti mengenai perbuatan menghina mahkamah yang diketengahkan kepadanya atau jika beliau sendiri membaca ucapan Anwar atau pemimpin pembangkang lain yang dianggap subjudis.

''Saya tak nak minta hakim buat keputusan, sebab saya tak nak campur tangan. Nanti orang kata, ada gangguan politik," katanya.(PETIKAN DARI UTUSAN MELOYA)





Alamak KJ dh mula bersuara la...
rakyat dh lama pandai menilai mana baik mana buruk yang tak tahu menilai ni ketua pemuda UMNGOK dan konco-konconya. hei...walaupun di mahkamah tak ramai yang hadir tapi kami tetap akan sokong DSAI sehingga mencapai kemenangan.

hei KJ ada hati nak buat demo setakat kau bawa konco-konco kau tu apa barang...
nampaknya kerajaan UMNGOK dah mula gelabah apabila kerajaan australia dan amerika dah mula masuk campur dalam kes KONSPIRASI FITNAH LIWAT II.
kau jadi macam sekarang pun harapkan bapak mertua kau je ada hati nak kritik orang.

takde siapa pun yang suruh kau masuk campur KJ kau diam-diam sudah.


Isnin, 8 Februari 2010

ZAMBRY DIISYTIHAR MB PERAK YANG SAH

SELASA 9 FEB 2010.
Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.


Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.


Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.

Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.

Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry. (MALAYSIAKINI)


PENDAPAT SAYA: SELAGI MAT MONGGOL MENJADI PM SELAGI INSTITUSI KEHAKIMAN DI MALAYSIA AKAN DI PERKUDAKAN OLEHNYA. NAMA SAJA MALAYSIA NI DAH MERDEKA 52THN TETAPI PEMIKIRAN MASIH DIJAJAH, DI MANA HAK RAKYAT YANG SEPATUTNYA DI AMBIL KIRA KERANA SLOGAN MAT MONGGOL 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN SEBENARNYA 1MALAYSIA KRONI DIDAHULUKAN POKET DIUTAMAKAN......

Ahad, 7 Februari 2010

PERBICARAAN FITNAH LIWAT II MINGGU KE2 HARI PERTAMA


Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi ditangguhkan ke jam 9.30 pagi esok.

Penangguhan ini bagi mendengar permohonan peguam utama, Karpal Singh yang memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan itu.

Pihak pembelaan dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim Mohamad Zabidin kerana enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia pada perbicaraan kes itu.

Ia dikatakan berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' dalam laporannya tempoh hari yang menjadi pertikaian oleh pihak pembelaan.

Selain itu, sekeping gambar dengan penerangannya juga dijadikan bahan pertelagahan kedua-dua pihak.

Perbicaraan yang memasuki hari keempat hari ini sepatutnya bermula dengan pihak pembelaan menyoal balas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pasukan peguam Anwar diketuai oleh Karpal dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, SN Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin.

Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin.

Anwar, 63, penasi

hat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan itu berlangsung selepas 18 bulan, Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Ogos 2008.

ADAKAH IANYA BERKESUDAHAN DI PIHAK YANG BENAR ATAUPUN DI PIHAK YANG SALAH.

FULL TIME: BPL: PERMAINAN BERKESUDAHAN 2-0 HINGGA KE AKHIR PERLAWANAN DI MINIT KE m67 ARSENAL HAMPIR MENJARINGKAN GOL HASIL FREE KICK AKAN TETAPI DAPAT DITEPIS OLEH PENJAGA GOL CHELSEA PETER CECH (1), ARSENAL TERUS MENGASAK BENTING CHELSEA TETAPI PERTAHANAN CHELSEA TETAP KUKUH HINGGA KE AKHIR PERLAWANAN... CHELSEA DI TANGGA TERATAS DGN 58mata DAN DIEKORI RAPAT OLEH MANU DGN 56mata... HIDUP CHELSEA!!!

P/S: WALAUPUN JOHN TERRY DIKECAM HEBAT TENTANG ISU SKANDALNYA DIA TETAP MEMPAMERKAN PERMAINAN YANG SUNGGUH MANTAP SELAKU KAPTEN KEPADA CHELSEA.....

CHELSEA VS ARSENAL

HALF TIME : BPL: CHELSEA MENDAHULUI 2-0 HASIL JARINGAN D.DROGBA (11) DI m8 DAN m23 AKAN TETAPI ASHAVIN(23) HAMPIR MENJARING GOL TETAPI DITOLAK KELUAR OLEH PENJAGA GOL CHELSEA PETER CECH (1), KEDUA-DUA PASUKAN NAMPAKNYA MEMPAMERKAN CORAK PERMAINAN YANG MENARIK.

Sabtu, 6 Februari 2010

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger2.
hari ini adalah hari pertama saya menulis blog diharapkan semua dapat memberi sokongan kepada saya...... wassalam